Wednesday, February 17, 2010

Lawatan Pemantauan Projek Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)

Lawatan pemantau Projek Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) ke SMK Yaacob Latif  telah diadakan pada 11 Februari 2010. Pemantauan diketuai oleh Penolong Pengarah Teknologi Pendidikan dari Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, En. Tajuddin dan Cik Mak Sheau Yun. Turut sama dalam pemantauan ini adalah Pegawai Teknologi Pendidikan dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur, En. Mohd Noor Leza bin Mansor dan En. Abd. Halim bin Abu Samah. Juruteknik Komputer BTPNKL, En Khairul Anuar bin Hassan juga turut serta. Pn. Manimala (Guru Penyelaras ICT) dari SMK Yaacob Latif bertindak sebagai guru pengiring. Dalam pemantauan ini, pemantau telah melakukan pengujian sekali lagi terhadap kabel fiber optik yang dipasang oleh Bayutronik Sdn. Bhd. Sila klik di sini untuk melihat gambar-gambar semasa pemantauan.

Monday, February 1, 2010

Selamat Datang Ke Unit Perkhidmatan ICT BTPNKL

Selamat datang kepada semua pengujung blog Unit PICT BTPN KL. Buat masa ini kami masih lagi menjalankan kerja-kerja penyenggaraan blog ini. Blog ini akan bermula dilancarkan pada minggu depan. Tarikh akan di beritahu kelak